Rumah versus Kereta: Mana kena beli dulu?

Bila bercakap tentang kereta vs rumah, kedua-duanya adalah sangat penting dan menjadi keperluan kepada setiap individu. Persoalan ini sering bermain di benak fikiran anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan memiliki pendapatan sendiri. Mereka sudah ada pendapatan yang baik, namun antara keduanya mana satu yang perlu diutamakan, kereta atau rumah?


Kita semua sedia maklum tentang pembelian rumah perlu diutamakan untuk dijadikan aset utama setiap individu. Ini lebih digalakkan kerana nilai pasaran semakin hari semakin tinggi mengikut peredaran zaman lebih lebih lagi dalam era 2021 ini dan boleh dijadikan rumah kediaman sendiri pada masa akan datang. Manakala nilai pasaran untuk kereta menurun setiap tahun menjadikan kita lebih memilih kereta untuk dijadikan aset utama. Tambahan pula, urusan pembelian kereta lebih mudah berbanding memiliki rumah memerlukan proses pembelian yang panjang dan nilai pelaburannya yang tinggi. Maka tidak hairanlah jika anak muda memilih untuk membeli kereta dahulu berbanding rumah.




Biarpun begitu dikalangan kita mempunyai pelbagai pendapat tersendiri untuk membuat keputusan yang mana harus dimiliki terebih dahulu. Setiap orang berbeza dan di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk membantu anda dalam memilih aset terbaik untuk dimiliki pada usia muda.


1. Kira kos


Perkara pertama yang perlu kita tahu ialah pastikan kita tahu keseluruhan harga kos rumah dan kereta impian yang ingin dimiliki. Bukan hanya kos yang ditawarkan sahaja malah kos tambahan sekali untuk setiap pembelian kereta dan rumah seperti kos insurans, servis, kos penyeleggaraan dan sebagainya.


Jumlahkan kesemua kos untuk satu-satu aset contohnya seperti kereta. Perkiraan kos tersebut termasuk kos servis, cukai jalan, insuran dan sebagainya yang berkaitan kereta. Kita perlu tahu setiap kos aset yang ingin dimiliki supaya kita boleh menjadi tunjuk aras kemampuan kita untuk memiliki kereta atau rumah tersebut. Jika ingin membuat pinjaman pastikan kita kira sekali simpanan yang perlu ada untuk bayaran hutang setiap bulan sehingga selesai. Hal ini sangat penting untuk kita ambil tahu supaya tiada masalah dalam bajet untuk miliki aset impian kita.


2. Utamakan yang utama


Bagi membuat pilihan memang agak sukar namun ianya tidak mustahil jika bijak dalam memilih. Bila melihat pada nilai hartanah untuk jangka masa panjang,ianya akan semakin meningkat mengikut perkembangan kemajuan semasa. Sebaliknya pula dengan kereta yang mana nilai kereta akan terus menyusut dan tiada peningkatan sedikit pun.


Oleh itu, pemilihan boleh dibuat berdasarkan tempat tinggal. Jika tinggal dengan ibubapa dan tempat kerja jauh dari rumah adalah keperluan untuk utamakan dalam membeli kereta.

Jika sebaliknya memikirkan tidak mahu menyewa sepanjang hayat kemudian sudah berkeluarga mempunyai gaji tetap dan mantap dan paling penting status mampu boleh sangat utamakan rumah dahulu daripada tukar kereta baru. Rumah pula yang perlu diutamakan. Namun jika inginkan keduanya timbulkan persoalan kembali pada diri adakah ia pilihan akal atau pilihan nafsu?


3. Akal ke nafsu


Anda ada buat simpanan duit muka untuk membeli aset baru sama ada kereta mahupun rumah. Sangat perlu untuk anda kaji semua perjalanan wang anda adalah sangat baik dan sangat mampu untuk tanggung bayar hutang. Kita manusia memang tak terlepas dengan hutang dan keinginan. Tambahan pula jika suka bandingkan dan ikut kehidupan dan keselesaan orang lain yang sememangnya mampu untuk memiliki semua aset tersebut. Bukan sebiji malah 10 biji rumah pun mereka mampu untuk dibeli sekeli mata.


Kaji sebaiknya tahap kewangan sehingga tiada lagi halangan untuk anda memiliki. Bukan nampak orang lain ada kereta kita juga nak turut serta. Ada orang beli rumah di usia muda, kita pun terkejar-kejar ingin memiliki rumah sedangkan tahap kewangan sangat rendah. Tidak salah semua itu yang penting sistem kewangan kita cukup mantap. Jangan ikutkan rasa badan yang akan binasa kelak.


4. Rekod hutang


Hutang-hutang anda pada masa lampau juga perlu diambil kira. Contohnya seperti hutang pembiayaan pengajian, adakah rekod pembayaran balik hutang anda cantik atau sebaliknya. Kira-kira perlu dibuat semula bagi mengetahui anda mampu atau tidak untuk menangggung komitmen baru akan datang. Ambil penting juga dalam memastikan komitmen anda adalah kurang 50 peratus dari gaji bulanan anda.


Hal hutang piutang ini sangat penting bagi mendapat kepercayaan dari pihak bank untuk meluluskan pinjaman kita akan datang melainkan anda sememangnya hartawan yang tidak memerlukan pinjaman wang dari bank. Jika ada sebarang rekod hutang lampau, pastikan rekod anda adalah yang terbaik dan seorang peminjam duit bank supaya anda ada rekod hutang dan pihak bank percaya anda pembayar hutang yang baik. Oleh itu, sebaiknya pinjaman tersebut dibuat atas nama anda sendiri sebelum membuat rekod pinjaman yang lebih tinggi dengan pihak bank.


Boleh nak ada dua-dua sekaligus, tiada siapa ingin menghalang jika ingin memiliki kedua-dua aset rumah dan kereta. Namun apa yang menjadi keutamaan ialah kita mampu dan tidak terikat dengan perbagai masalah kewangan kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan yang menjadi kepentingan supaya kita dapat hidup dengan selesa bersama keluarga tersayang kelak.


7 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua