Beberapa fakta menarik mengenai Perodua. Jom baca!

Anda pasti setuju bahawa, walau dimana jua anda berada di pelosok negara ini, begitu mudah untuk menemui kereta Perodua, bukan?. Ini bermaksud, Perodua adalah sangat popular dan digemari oleh rakyat Malaysia. Namun, adakah anda benar-benar mengenali Perodua, selain daripada model-model yang dikeluarkan? Apa kata kita cuba kenali Perodua dengan mengetahui beberapa fakta menarik berkaitan jenama tersebut.


Sejarah Perodua


Ditubuhkan pada tahun 1993, Perodua adalah syarikat kereta nasional kedua yang dilancarkan di Malaysia. Kereta pertama syarikat itu adalah Perodua Kancil yang dikeluarkan pada tahun 1994. Sejak penubuhannya, syarikat ini telah berkembang untuk menawarkan perkhidmatan pembaikan kenderaan, alat ganti kenderaan, insurans, dan pembiayaan kenderaan di seluruh negara.


Pengurusan Perodua


Pada masa kini, Perodua diketuai oleh Dato' Zainal Abidin bin Ahmad, sekali Ketua Pegawai Eksekutif. Bilangan pekerja Perodua pula dianggarkan sekitar 10,500 orang di seluruh negara.


Lokasi Perodua


Ibu pejabat Perodua terletak di Sungai Choh Rawang yang merangkumi kawasan seluas 522 ekar. Ibu pejabat ini mengandungi bangunan korporat, kilang pembuatan, pusat R&D, pusat latihan, pusat pengagihan, pusat bekalan alat ganti, taman hijau serta pusat penjagaan kanak-kanak untuk anak-anak pekerja Perodua.


Pencapaian Perodua


Menurut laporan Statista, Perodua menjual lebih daripada 240 ribu kenderaan pada tahun 2019, iaitu angka jualan tertinggi yang pernah dicatatkan oleh syarikat itu. Penjualan kenderaan Perodua meningkat pada tahun 2019, didorong oleh permintaan yang kuat untuk semua modelnya; iaitu Alza, Aruz, Bezza, Axia dan MyVi.


Pada tahun yang sama, Perodua memegang bahagian pasaran terbesar di Malaysia, iaitu kira-kira 43.7 peratus daripada jumlah penjualan kereta penumpang.


Walaupun pada mulanya, ramai pihak menjangkakan terhadap penurunan ketara didalam permintaan kereta domestik disebabkan oleh pandemik Covid-19, namun Perodua membuktikan sebaliknya. Menurut laporan Perodua, jumlah jualan sepanjang 2020 adalah sebanyak 220, 154 unit, iaitu 10,154 lebih tinggi berbanding jangkaan mereka pada tahun tersebut. Pencapaian ini mungkin didorong oleh pelepasan cukai jualan oleh Kerajaan bagi membantu mengekalkan kemapanan industri automotif semasa musim pandemik.



Model Perodua paling popular


Menurut data dari Perodua, pada bulan November 2020, model paling banyak dibeli adalalah Myvi (6295 unit), Axia (6,318 unit), Bezza (6,224 unit), Aruz (2,617unit), manakala Alza (1,665 unit).





Eksport Perodua


Pada masa kini, kereta Perodua telah dieksport ke beberapa buah negara iaitu Singapura, Brunei Darussalam, Fiji, Mauritius, Sri Lanka, dan Seychelles.



Jom beli Perodua dan sokong produk kebangaan Malaysia!


0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua